Kebahagian milik setiap insan...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka. Tetapi acap kali kita terpaku telalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang lain dibukakan untuk kita...

Ahad, 25 Disember 2011

Tunjuk Ajar Ku Sifu







Buah Cempedak Diluar Pagar,

Ambil Galah Tolong Jolokan,
Semanis Rindu Baru Belajar,
Kalu Salah Tolong Tunjukan.


Aku adalah orang baru di sini...
Aku baru nak berjinak-jinak mengikuti 'rentak' blog
Aku memerlukan suatu tempat dan ruang untuk berbicara
Bukan tidak ada yang sudi mendengar keluhan hatiku, keluh kesah hatiku
Namun disebabkan ketiadaan masa mereka maka aku terkadang tidak dipedulikan
Namun aku tidak kesah akan itu...
Sebelum ini aku memang terlalu memendam rasa, pendam pendam dan pendam sampai satu masa sekali ia meletus....BOM..!!!hahaha...(maklum2 lah bila dah tersimpan lama, terbuku dan mebuku dalam hati, bila meletus, faham-faham sudah yea)...

Bila wujudnya blog ini...
Aku akan cuba sedaya mampu untuk menghargai pemberian orang ini
Terima kasih kerna dengan adanya blog ini, aku dapat berbicara dan meluahkan apa sahaja yang tersirat di hati pada bila-bila masa kehendakku...
Tak kira waktunya..Sama ada pagi petang siang malam..Mahupun dikedinginan malam..

Namun ku masih banyak lagi harus ku belajar belajar dan belajar..
Akan ku cuba sedaya mungkin untuk memperbaiki kelemahan diri..
Akan ku cuba membuat entri yang seronok dibaca...
Akan ku cuba untuk menceriakan entri-entriku nanti...
Walaupun terkadang entri-entri ku lom tentu dapat menyajikan yang terbaik, namun ku cuba cuba dan terus mencuba buat agar ia akan jadi yang terbaik, insyallah..
Dan apa yang penting, jangan berhenti untuk pelajari sesuatu..
Kena rajin bertanya...
Bak kata pepatah, MALU BERTANYA SESAT DI JALAN..
Mana yang sudi, marilah berkongsi ilmu denganku...
Tunjuk ajar kalian kuhargai sampai bila-bila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkanlah maklumbalas mu andai berkesempatan waktu untuk mengutarakan pandangan, pendapat, cadangan atau apa-apa jua ulasan mu di sini...Terima kasih pada yang sudi...