Kebahagian milik setiap insan...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka. Tetapi acap kali kita terpaku telalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang lain dibukakan untuk kita...

Ahad, 18 Disember 2011

Hidup Ini...

Hidup Ini...
Hidup Ini Ibarat Roda...
Kadangkala Kita Di Atas..
Kadangkala Kita Di Bawah...
Bila Berada Di Atas Jangan Sesekali Lupa pada Yang Bawah

Hidup Ini....
Kadangkala Kita Memerhati
Kadangkala Kita Jua Diperhatikan

Hidup Ini...
Hidup Ini Sangat Misteri
Hidup Ini Penuh Dengan Teka-Teki
Untuk Mengetahuinya Kita Perlu Merungkai Ia Satu Persatu Agar Kita Beroleh dan Ketahui Apakah Rahsia Disebaliknya

Hidup Ini...
Hidup Ini Ibarat Pelangi
Penuh Dengan Warna-warni Kehidupan

Hidup Ini...
Penuh Dengan Ujian Dan Dugaan
Pelbagai Asam Garam Terdapat Di Dalamnya
Ada Manis Pahitnya
Ada Masam Masinnya
Ada Payau Kelatnya
Ada Maungnya
Ada Rencah Dan Resepinya Tersendiri
Setiap Insan Di Muka Bumi Ini Wajib Merasainya
Itulah Kenikmatan Ia

Hidup Ini...
Setiap Apa Yang Terjadi, Setiap Apa Yang Berlaku
Pasti Ada Hikmah Yang Tersembunyi
Pasti Ada Rahsianya Yang Allah Nak Beri
Bersangka Baiklah Dengan KetentuanNya


Hidup Ini...
Hidup Ini Penuh Dengan Segala Persoalan
Setiap Persoalan Itu Akan Terungkai Bila Kita Melalui Hari-hari Mendatang Agar Segala Persoalan Itu Akan Dan Pasti Mendapat Jawapannya...

OH HIDUP INI...............!!!


p/s : Terlalu Banyak Kalu Nak Coretkan Di Sini...Setakat Ini Sahaja Untuk Hari Ini Kerna Masa Mencemburuiku Untuk Menerusakan Bicara Hati Si SEMANIS RINDU Yang Sentiasa Berlegar-legar di Fikiranku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkanlah maklumbalas mu andai berkesempatan waktu untuk mengutarakan pandangan, pendapat, cadangan atau apa-apa jua ulasan mu di sini...Terima kasih pada yang sudi...