Kebahagian milik setiap insan...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka. Tetapi acap kali kita terpaku telalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang lain dibukakan untuk kita...

Isnin, 26 Disember 2011

Perancangan Yang Tak Menjadi...

Kita Mampu Merancang
Namun
Tuhan Yang Menentukan Segalanya


Assalammualaikum Semanis Rindu lafazkan..

Minggu ini cuti agak 'mewah' sket daripada minggu-minggu biasa....Kebetulan hari minggu (Ahad) 25 Disember, 2011 (semalam lah) adalah Hari Krismas jadi hari Isnin dilanjutkan cuti..Wah bukan main seronok dapat cuti panjang (panjang ke???..huhuhu)...

Nak dijadikan cerita, memandangkan aku ada seorang teman berpangkat adik yang dok jauh ingin pulang ke kampung halamannya....dan berhajat naw nak jumpa kakaknya iaitu haku ler....maka kami pun merancanglah untuk berjumpa nak pie jalan-jalan, tengok wayang, makan-makan, shopping atau apa-apa jer la kerna lama tak berjumpa sambil gosip-gosip ar...jadi memang banyak naw lah yang nak diciter kan nanti, dan pastinya ada lah tu menda yang nak dikongsikan tu padaku...aku pun apa ada hal, orang nak jumpa aku on jer lah...dapat pulak kitorang memang dah lama x jumpa, kan kan kan...wah, hati pun tersangat lah gumbira nak kuar jalan-jalan di hari cuti nie...macam-macam dah kubayangi dalam fikiran mana nak g dan pasti nanti amat seronok dan mudah-mudahan akan menjadi kenangan terindah dan manis buat kami ini....hussshaiiiii...hati dah banyak kembang kempis dan syok woooo.... ^_^

Hari yang dijanjikan tok keluar adalah pada hari Sabtu..jam 11:00 pagi hingga dah rasa tak larat nak menangok baru kita pulang, katanya lah.....huhu...aku pun on jer, tak kesah...janji ada yang sudi dan sanggup dengar celotehan atau mulut bisingku nanti...hahaha...tak mampu dengar tutup jer telinga....hahaha...nasib lah ngko labu...layannnn kan jer lah hakak mu ini...lagi pun bukan selalu kita dapat bersua...tak gitu cik Najihah Jijie oi hoii aiii.....

Maka, hari yang dinantikan telah tiba....hati kemain semangat lagi nie...dalam fikiran mesti Jijie dah sampai umah malam tadi...alih-alih terdengar satu bib, ku ambil handphone ku lihat ada mesej masuk darinya...dan sms itu berbunyi 'SALAM, KAK KITA LIK MALAM NI, ANAK BUAH MASUK HOSPITAL, DEMAM PANAS'.....ermmm...ku jawab salam dan bertanya katner...katanya Hospital Serdang..tak per lah, bermakna temujanji hari ini ditunda bukan dibatalkan...ditunda keesokan harinya...

Keesokannya pulak....tungu punya tunggu punya tunggu...takda apa-apa khabar berita darinya...aku pun tak nak kacau, mungkin ada hal la tu gaknya...ku sematkan dalam fikiran agar positif positif dan positif...kalu segalanya ok, pasti kita akan diizinkanNya tok bersua...seharian pula telah berlalu dengan menghabiskan masa di rumah sahaja..huhuhu...dan bila malam pula ku terima panggilan darinya lebih kurang jam 9:15 malam...apa lagi, ku bantai borak dalam phone jer..macam-macam citer...dan alhamdulillah anak buah nya beransur shat dan tak apa-apa....ANnamun bagiku ku ingin jua bersua dengannya kerna perbicaraan dalam phone tak sama kepuasannya jika dibandingkan bertentang mata...perghhhh..tak pe lah...dan yang sebenarnya hari ini ada gak diajak untuk bersua namun ku pulak ada hal yang tak dapat nak dielakkan...dan ada jua kucadangkan andai urusan ku telah selesai awal ku ingin jua bertemu dengannya walaupun seketika sebelum dia balik ke Kuala Lumpur (malam ini).....

Bila urusan ku tadi sudah selesai, cepat-cepat ku menelefonnya agar masa-masa yang berbaki sebelum dia pulang ke KL inginku bertemu dengannya...namun jawapan yang kuterima hampa...dia skang tengah beriap-siap kena segera pulang ke KL kerna kakaknya oncall pulak, kena segera balik ke hospital...ermmmm.........tak pe lah yang...nanti ada masa kita jumpa lah eh....tapi minggu depan tak dapat lah dik...akak mahu balik kampung halaman....lagipun keluarga angkat di sana ada wat majlis perkahwinan...akak kena turun padang merewang kat sana..huhuhu...dan akak kena bawak ibu dan adik bongsu akak g beli barang keperluannya nak naik sekolah nanti.....

Namun apa pun andai jadi bulan Feb, 2011 dirimu disunting jangan lupa bagitau akak tarikhnya eh...tapi kalu dapat, sebelum majlis tu kita jumpa la dulu....nanti leh ar kenalkan akak siapakah gerangan yang telah mampu menakluki dan memiliki hatimu wahai adik ku sayang si Najihah Jijie....apa pun Selamat Berbahagia Selamanya,Semoga Si Dia adalah yang terbaik buatmu,amin....betul tak akak katakan sebelum nie, jangan anggap diri kita tiada jodohNya..jodoh itu pasti akan datang pada kita...antara cepat mahupun tidak sahaja....ingatlah sayang...PERKENALAN YANG LAMA ATAU PANJANG BELUM TENTU DAPAT MENERUSKAN SILATURRAHIMNYA DENGAN KITA...NAMUN PERKENALAN YANG SINGKAT TERKADANG MAMPU MENJALINKAN SESEBUAH HUBUNGAN ITU BERPANJANGAN....Insyallah...amin....doaku pasti mengiringi buat mu dikejahuan ini...

Maka segala yang dirancangkan tidak menjadi...dari hanya ditunda langsung terbatal....tak pe....ada hikmahnya yang tersembunyi...ku pasti...^_^ bersangka baiklah pada ketentuanNya...apa pun Jijie akak doakan moga dikau selamat sampai ke destinasi...ada apa-apa hal jangan lupe kakakmu ini...ku sedia dan sudi menjadi pendengar setiamu dan pendengar baikmu...itu pun adai dikau pmasih memercayai ku dan memerlukan khidmat hakak mu ini yew...!!!

wasalam....sekian kesah cuti yang tak menjadi seperti yang diingini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkanlah maklumbalas mu andai berkesempatan waktu untuk mengutarakan pandangan, pendapat, cadangan atau apa-apa jua ulasan mu di sini...Terima kasih pada yang sudi...