DK :
Usik Sana Usik Sini,
Usah Dikau Memperli Lagi,
SMS Dibaca Kuterima Tadi,
Sememangnya Benar Katamu Tadi..
AM :
Tak Sungguh Tak Melata,
Tak Sungguh Orang Tak Kata..
(kui kui kui)
DK :
Sungguh Sungguh Orang Mengata,
Salah Kata Terkecil Hati,
Peduli Apa Orang Nak Kata,
Adaku Kesah Katanya Nanti..
AM :
Pergi Memetik Cili Padi,
Memetik Dengan Jiran Tetangga,
Usah Berduka Kecil Hati,
Aku Pun Ada Kisah Ka?
DK :
Hati Dibeli Oleh Dak Dayah,
Hati Digoreng Masak Kicap,
Apa Sudah Jadi, Aiya Ya,
Sampaikan Tak Leh Tersalah Cakap..
AM :
Hati Dibeli Dipasar Tani,
Hasil Buruan Orang Tempatan,
Bukan Hendak Kecilkan Hati,
Bagi Sedia Bila Berjauhan..
DK :
Kehidupan Ini Penuh Dugaan,
Dalam Dugaan Ada Rintangan,
Berjauhan Sementara Hanyalah Ujian,
Tak Semestinya Renggangkan Hubungan
AM :
Sebelum Senaman Buat Regangan,
Regangan Dibuat Kiraan Lapan,
Andai Benar Nanti Berjauhan,
Dihati Tetap Menjadi Peneman..
DK :
Menjadi Teman Hanya Khayalan,
Dari Khalayan Menjadi Ilusi,
Jika Kutiada Jaga Kenakalan,
Walaupun Daku Tiada Disisi..
AM :
Kehidupan Ini Bagai Khayalan,
Banyak Berkhayal Memakan Diri,
Kenakalan Ini Usah Dipertikaikan,
Akan Elok Bila Beristeri
DK :
Dalam Proses Kuruskan Badan,
Sampaikan Kena Tahan-tahankan Makan,
Banyaknya Calon Bukan Pilihan,
Pasti Hendak Mencari Yang Sama Padan Bukan.??
AM :
Tabiat Khalijah Mengangkat Kain,
Kain Diangkat Separas Lutut,
Bukan Sengaja Bersikap Dingin,
Kalau Memilih Biar Yang Patut..
DK :
Memang Patut Hendak Memilih,
Salah Pilih Merana Hidup,
Gunakan Sepenuh Kuasa Memilih,
Agar Hidup Kelak Tidak Terlingkup..
AM :
Sampan Kolek Mudik Ke Hulu,
Cicir Pendayung Hanyut Ke Muara,
Terima Kasih Nasihatmu Itu,
Menjadi Bekal Amalam Dijiwa..
DK :
Lepas Aerobik Makan Tembikai,
Bukan Calang Tembikai Susu Kan?,
Kalu Yang Elok Haruslah Dgunapakai,
Kalu Yang Tidak Sila Abaikan...
AM :
Tanak Nasi Periuk Tergantung,
Sayang Sekali Kayunya Basah,
Berat Sekali Rasa Menanggung,
Jiwa Raga Resah Gelisah..
DK :
Kata Tok Kadi Nikahnya Sah,
Sambil Menitis Air Mata Darah,
Gelisah Hanya Mendatangkan Resah,
Jangan Dibiarkan Nanti Parah..
AM :
Kalu Menikah Biarlah Sah,
Kalu Tak Sah Akadlah Lagi,
Eh Apakah Sampai Berairmata Darah?
Confirmkah Nak Buat Bini..
Confirmkah Nak Buat Bini..
DK :
Tak Tahan Perut Bagai Nak Pecah,
Macam-macam Pantun Telah Diciptalah,
Malam Ini Ku Nak Praktis Saja,
Jangan Dikau Tersalah Sangka Sudah..
AM:
Merenung Cerita Hikayat Si Bongkok,
Hikayat Ditinta Golonagn Bangsawan,
Ini Pantun Yang Bongok-bongok,
Takyah Gelak Macam Kena Sawan..
(huhu)
DK :
Pakai Dip Liner Dengan Celak,
Celak Dipakai Brand Gifarine,
Kalu Dah Kelakar Gila Tak Gelak?,
Cuma Tak Tergelak Terbaring-baring..
Cuma Tak Tergelak Terbaring-baring..
AM :
Menonton Tv Bersama Pak Lasim,
Hero Pilihan Encik A.Galak,
Kalu Dah Datang Dia Nyer Isim,
Maunya Gila Kalu Tak Gelak?
DK :
Riangnya Hati Besarnya Ketawa,
Terkadang Sampai Boleh Melalak,
Kalu Dah Lucu Perlulah Ketawa,
Memang Gilalah Kalu Tak Gelak..
AM :
Gila Sikit Gila Banyak,
Kalu Dah Gila Gilalah Jugak,
Usah Ketawa Melambak-lambak,
Nanti Kemudian Akan Melalak..
DK :
Pergi Penang Membeli Salak,
Membeli Salak Hanya Sekati,
Mang Dah Ready Tok Melalak,
Hanya Menunggu Masanya Nanti..
AM :
Pergi Kedai Beli Biskut,
Menjadi Pilihan Biskut Lutut,
Ini Perut Sudak Bergelodak,
Kena Penangan Otak-otak...
(motip mau g berak..huhu)
DK :
Sedapnya Hidangan Disajukan Bibik,
Makan Kenyang-kenyang Perut Pun Moncet,
Sia-sia Senaman Ikutnya Aerobik,
G Lah Berak Takut Terkencit..
DK:
Pantun Dicipta Hanya Seloka,
Ada Luahan Wujud Sengketa,
Banyak Bicara Takut Terluka,
Gurauan Mesra Hanya Kata-kata..
DK :
Ini Rombongan Kuarga Pak Sudir.
Kehadiran Disambut Kerna Diundang,
Sering Disebut Dihujung Bibir,
Kan Dah 'Menjenggah' Tanpa Undangan..
NOTA :
DK = Diriku
AM = Adeq Manjo
Pantun bersama melalui SMS pada 7 Mac, 2012
Skang sbuk praktis berpantun, minggu depan ada pertandingan daaaaa.....tapi langsung tak berkaitan perihal di atas tok pertandingan nanti...huhuhuhu...
Bicara Hati Si Semanis Rindu